Alhamdulillah bila kita sentiasa senyum kita akan jadi gembira, bila kita minum air masak banyak kita jadi sihat, bila kita makan banyak perut pun jadi berat terutamanya bila umur dah meningkat sebab kadar metalbolisme dalam badan dah berkurang.
Kekalkan kehidupan yang sihat dengan makanan yang berkhasiat, buah-buahan, sayur-sayuran serta zat makanan dari sumber ikan, ayam dan daging.
Buat senaman atau langkah seribu dengan menaiki tangga, jalan kaki serta jogging kalau sempat ke taman permainan.
Cubalah kurangkan stress, ego dan pendam masalah dalam diri kerana ianya boleh mendatangkan perihal yang boleh mendatangkan penyakit.
Hargailah diri dan suami isteri dan anak-anak untuk sama-sama bina keluarga bahagia. Insyaallah